aku gagal lagi.
aku tak berhenti dari gagal.
masih lagi di zaman kejatuhan.
bukan sahaja masih, tapi makin dalam jatuh.
bila mula gagal dulu, mula lemas.
sekarag masih lagi kelemasan.
makin lama makin gelap rasa.
makin jauh untuk diselamatkan.
macam tak boleh lagi.
aku gagal dalam semua.
aku mula gagal kepada orang kesayangan.
aku gagal sebagai seorang anak.
aku gagal sebagai kakak.
aku gagal sebagai pelajar.
aku gagal sebagai kawan.
aku gagal sebagai hamba Allah.
aku terus gagal tanpa berhenti.
banyak bukti yang aku gagal.
aku tak pernah menjadi yang pertama.
untuk apa sahaja.
anak, kawan, kakak, tersayang, pelajar.
cuba kau tanya sesiapa.
adakah aku kawan baik mereka?
adakah aku anak yang disayangi?
adakah aku kakak yang dihormati?
adakah aku pelajar yang diingati?
adakah aku hamba Allah yang dihargai?
mungkin ya, mungkin tidak.
tapi yang pasti aku bukan jawapan yang pertama.
bukan yang utama.
tak akan menjadi sesuatu yang penting.
tak pernah dan tak akan.
baru aku tahu kenapa sesetengah orang bunuh diri.
bukan sebab mereka bodoh.
juga bukan sebab mereka tidak ada akal.
atau sebab mereka lemah.
mungkin sebab mereka dah fikirkan segalanya.
dan tiada benda yang boleh diselesaikan lagi.
mereka juga telah menjadi kuat terlalu lama.
badan, minda dan hati menjadi lemah.
aku mungkin menjadi salah seorang dari mereka.
tapi ada sebab yang menghalang.
aku masih ada pegangan agama.
aku masih berpura-pura menjadi kuat.
aku mempunyai ego yang tinggi.
semua sudah lemah tapi tidak ditunjuk.
aku berlagak kental.
tak patut tapi itu je caranya.
orang selalu berdoa untuk benda baik.
tapi aku berbuat yang sebaliknya.
tidak boleh dibilang berapa kali dah.
aku berdoa untuk dipendekkan nyawa secepatnya.
aku tau itu benda bodoh.
tapi itu bukan atas dasar pentingkan diri.
bukan juga minta simpati.
aku berbuat demikian kerana orang sekeliling.
kenapa wujud kalau hanya menyakitkan?
itu aku.
aku minta agar aku dijauhkan dari sekalian.
aku hanya mahu segala kesakitan dariku diberhenti.
aku tak kisah apa yang berlaku kepada aku.
asalkan orang sekeliling tidak disakiti.
dan yang menyakiti mereka adalah aku.
maka aku perlu dijauhkan atau diberhentikan.
aku cuba untuk kembali bernafas.
aku cuba menjerit untuk pertolongan.
tapi semuanya tak berguna.
kenapa orang nak menolong benda yang menyakitkan?
benda yang membawa musibah?
bodoh.
because of you - kelly clarkson
i'm tired of every single thing.