ada ke orang buat post banyak macam ni berderet dalam satu hari? takde? ada aku kisah? dah malas memang macam ni -.-
start semester dua lepas macam-macam penyakit datang. kenapa? heh -.- let's just say badan tengan meragam (cover) apa-apa je la. haa bukan nak belagak atau cakap besar, tapi saya dari kecik sampai sekarang memang susah nak sakit ke demam ke apa-apa yang teruk. nampaknya rupa-rupa dia postpone bila dah besar, heh fine T_T
rasanya start form4 ke form5 wajib selsema dan batuk dengan seteruk-teruknya sekali dalam setahun sampai hidung merah dan suara sengau. ye, suara sengau. haa gelak je la takyah malu-malu. dah biasa dah pun kena gelak -.- tahun ni je tak kena lagi. baru sikit-sikit je haish. tapi sakit yang paling teruk setakat ni ialah...
tau tak perasaannya bila pertama kali sakit macam ni? berpuluh soalan aku tanya kat kawan aku yang pernah sakit mata. haha! biar la sampai dia rimas sebab jangkit kat rakan sebilik kesayangan tu la heh. merah menyala nyah tauuu. tapi orang selalu sakit sebelah mata je, saya dua belah terus :D sebab tak reti jaga elok. laaa lagi hebat kalau dua belah kan kan kan! tu memang merah betul okay, bukan effect tudung ke apa.
dah merah menyala, tambah dengan berair 25jam sehari, 8hari seminggu macam menangis mati laki 3kali tau. sampai nak pergi kelas rasa malu sebab orang takut tengok =.=' umi siap suruh pakai cermin mata hitam lagi -_____- kalau pakai pun, dah cermin mata yang biasa nak pakai macam mana? dua lapis?
haaaa bila dah baik, dah hilang merah macam syaitan nirrojimmmm, dah kering air mata sebaldi, dapat la beg di bawah mata cukup besar untuk isi baju satu almari >.> dah la besar, hitam legam plak tu. sah-sah orang ingat aku nangis dari pagi sampai ke malam kan. padahal aku nangis malam je sebelum tido. ehem :P masalahnya teruk sangat ni.
dan keputusannya... sampai sekarang, garisan yang comey warna gelap tu masih di sisi mata T_T beg mata dah kurang tapi hoh lah. tengok tu :( dah buat macam-macam letak timun, eye mask, dan segala yang boleh diletak la. haih guane? sebelum ni tak kisah kalau ada beg mata ni ke gelap sikit ke tapi this is too much. hmm!
ku menunggu - rossa
for real, feelingless.

