assalamualaikum :)
perasaan tu.
perasaan bila kau tengok seseorang tu dan kau rasa lain.
kau boleh senyum dan sesaat lepas tu kau rasa pedih.
kenapa.
kau cari bila dia jauh.
kau abaikan bila dia dekat.
kau buat seperti dia tidak wujud.
tapi dalam hati kau....
perasaan tu.
bila kau baca penulisan dia.
penulisan orang tu.
entah kenapa dan macam mana.
kau boleh faham dan tahu perasaan dia.
macam dia cakap sejenis bahasa lain.
bahasa yang hanya kau dan dia yang faham.
perasaan tu.
bila kau tahu dia sedih.
dia sedang terluka.
kau turut merasainya.
seperti luka yang kau pernag rasai dulu.
harapan untuk membantu sangat membuak.
tapi entah.
perasaan tu.
bila kau tengok orang berdua.
kau fikir macam mana mereka bermula?
apa keistimewaan masing-masing?
kau kagum kerana mereka disukai.
disukai oleh sesiapa sahaja.
dan kau masih tiada sebab untuk disukai sesiapa.
perasaan tu.
betullah kita tak tahu hati orang tu.
saat kau pandang dia.
saat itu dia sedang terluka.
dan kau sedar.
kau juga merasai benda yang sama.
merasai gembira dalam masa yang sama itu bahagia.
tapi bagaimana dengan luka?
apa ia dipanggil?
No comments:
Post a Comment