senyap

assalamualaikum :)












pernah tak kau bayangkan hidup kau dari segi lain? maksudnya kau ibaratkan kehidupan kau ni seperti satu perlumbaan, atau pendakian atau misi mustahil seperti dalam cerita Tom Cruise tu. K.




bagi aku, aku anggap hidup aku ni macam sedang berjalan tengah jalan raya. ye, tengah dan atas jalan raya. menuju ke mana? hmm... aku masih bingung. namapun perjalanan. berapa orang je yang dah yakin dengan arah tuju hidup dia?




setiap kali ada dugaan, bagaikan ada kereta yang lalu ditepiku lalu terlanggar aku sedikit maka aku jatuh dan terluka. terpulang kepada dugaan itu, adakah ianya besar atau kecil. jika kecil, maka kereta atau motor hanya melintasku dan terkena lengan atau kaki sedikit. walaubagaimanapun, jika dugaan yang aku terima itu besar, ianya seperti aku dilanggar betul-betul dari belakang....



jadi, antara terpelanting, tertolak atau bagaimana sekalipun, teruklah kesannya, sepanjang hidup aku, rasanya sudah banyak kali aku dilanggar oleh kereta atau motor dari belakang. banyak kali. tapi, demi Kau ya Allah, aku bangun. aku terus bangun. biarlah luka diseluruh badan, aku tetap bangun. mesti bangun. menangis tu benda biasa.




sekarang aku guna taktik baru. aku berjalan ditepi jalan sahaja. walaupun begitu, aku masih kena tempias kelajuan kereta dan motor yang berada diatas jalan itu. aku pun masih berjalan diatas jalan, cuma berada di kawasan tepi sekali agar dapat elak dugaan itu semua. aku elak orang, aku elak perasaan, aku elak semuanya. ye selamat sedikit, tapi sebenarnya ada keburukannya. aku tahu.



kau takkan dapat apa-apa kalau kau guna jalan selamat je. ye, aku tiada banyak kenalan rapat, aku tidak diendah oleh orang lain sangat, aku makin kurang menangis, sangat kurang. kurang menangis itu sebenarnya kebaikan dan juga keburukan. sebab menangis aku ada perasaan, aku ada hati. tanpa menangis, aku robot.









tidak mengapalah, mungkin satu hari nanti akan ada seseorang yang akan memimpin aku berjalan di atas jalan raya semula, tapi dengan lebih selamat. dan dia tidak akan pernah melepaskan tangan aku. walaupun mulut aku cakap aku tidak perlukan sesiapa untuk terus hidup, tapi hati aku mengaku yang aku perlukan ramai orang disekelilingku. ramai orang. ya, aku cuba membaca hati aku walau susah. sangat susah.








hmmm, teruknya bm aku -.-




berhenti berharap - Sheila On 7

No comments: