dah lama tak luah perasaan. dah lama tak cerita apa aku rasa sekarang. dah lama tak cakap apa aku nak.
aku cuba abaikan semua tu. aku cuba lupakan semua perasaan yang aku ada. aku cuba rasa bahagia.
aku buat tak tau. aku jadikan diri kebal. aku senyum sentiasa. aku lupakan air mata. aku belagak kental.
aku selalu cakap benda yang aku tak maksudkan. aku perasan aku hebat dan cool.
aku bergembira dengan kawan sebilik macam orang gila. aku cuba lagi untuk berseronok.
aku cuba nampak ok. aku cuba untuk teruskan macam biasa. aku tambah balik ego yang teruk.
aku rasa benci kat diri aku kadang2. aku rasa menyampah dengan diri sendiri. aku mungkin berubah.
aku elak sorang diri. aku akan sentiasa ada dengan kawan. aku sekali lagi berpura-pura.
aku rasa macam hilang perasaan. aku tiada perasaan apa2. aku tak rasa apa even sedih atau gembira.
aku cepat rasa nyampah dengan orang sekeliling. aku cepat rasa marah dengan sapa sahaja.
aku cepat tido setiap malam. aku cuba lagi elak dari dunia. aku rela tinggal dalam mimpi.
aku rasa mimpi lagi bagus sebab teruk macam mana pun semua tu tak betul. aku tak kisah.
aku diganggu lagi. aku mimpi budak tu pulak tiba2 hari tu. aku terbangun dan ingat sampai sekarang.
lagi sekali aku benci. aku dah tak tau nak benci apa.
tau tak perasaannya bila kau tengok orang luah perasaan lepas tu luahan dia sebijik macma apa yang kau rasa sekarang? dan kau tak mampu luahkan seperti orang itu. ni salah satunya dia ni. dia salah sorang kawan baik saya. ye pelik kadang2 kita boleh rasa benda yang sama lebih2 lagi dengan orang rapat. ni bukan kali pertama.
2ne1 - lonely
maybe i love you. maybe not.